Sumber : Harian Metro (20 Sept. 2013)
Salinan surat daripada SPA kepada KSU KPDNHEP bertarikh 23 Jun 2011 bertajuk Pengecualian Ujian Fizikal Bagi Calon KPSL Lantikan 2002 Dan Ke Bawah :
.
KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
24 September 2013
08 September 2013
Warna Warni Aidilfitri BPGK 2013
PUTRAJAYA, 06 Sept - Bahagian Penguatkuasa (BPGK) Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Aras 2 bertemakan 'Warna Warni Aidilfitri'.
07 September 2013
26 August 2013
GAMIT bincang isu Penguatkuasa
YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah hadir bagi memberi amanatnya. Turut hadir ialah Tuan Pengarah Penguatkuasa dan timbalannya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato' Iskandar Halim bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan).
Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Ketua-Ketua Cawangan, KPPM dan pegawai yang dilantik oleh setiap negeri.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu terkini penguatkuasaan.
.
23 August 2013
Perhimpunan Bulanan Ogos Sempena 100hari YB Menteri
PUTRAJAYA, 23 Ogos - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Ogos 2013 sempena 100 hari YB Menteri di KPDNKK telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Putrajaya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Tahlil di Surau KPDNKK. YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah hadir bersama-sama YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga KPDNKK.
Upacara memasang bendera Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi Kementerian oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha telah disempurnakan sebelum bermulanya Majlis Perhimpunan Bulanan.
Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik sempena ketibaan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos.
Seterusnya hadirin disajikan dengan pertunjukan Montaj sempena 100 hari YB Menteri di KPDNKK.
Ucapan dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Setiausaha, dan seterusnya ucapan oleh YB Menteri.
KPPM dihadiri oleh Tuan Presiden, Timbalan Presiden, beberapa orang AMJKA serta ahli-ahli KPPM cawangan Putrajaya.
.
19 August 2013
YB Menteri melawat PmP Shahida di hospital
Sumber : Media YB Menteri
IPOH, 17 Ogos - YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah melawat seorang warga kerja KPDNKK iaitu Cik Shahida binti Yahaya (Pembantu Penguatkuasa di PPDNKK cawangan Pasir Mas) di Wad 3B ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Cik Shahida telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Grik, Perak pada 06 Ogos lalu semasa pulang untuk menyambut hari raya di Kedah. Beliau tidak sedarkan diri kerana kecederaan yang parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

![]() |
| YB Menteri menemui ibu kepada Cik Shahida. |
![]() |
| Pihak media bertanyakan keadaan Cik Shahida kepada YB Menteri. |
![]() |
| Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Perak bersama ibu kepada Cik Shahida. |
![]() |
| Tuan Pengarah Penguatkuasa bersama AMJKA KPPM. |
15 August 2013
Tabung untuk PmP Shahida (Pasir Mas)
Sumber : KPPM Kelantan
Pembantu Penguatkuasa dari PPDNKK Pasir Mas, Cik Shahida binti Yahaya (ahli KPPM no 1386) telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 06 Ogos lalu di Grik, Perak semasa dalam perjalanan balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kedah.
Beliau kini tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Wad 3B ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Sumber dari pegawai PPDNKK Ipoh memaklumkan bahawa kecederaannya amat parah dimana kedua-dua kaki dan tangannya patah, pendarahan sedikit di otak serta kecederaan lain.
Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan KPPM Kelantan bersama Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan, satu kutipan derma dilancarkan ke seluruh KPDNKK Malaysia bagi membantu dan meringankan beban warga kerja kita yang kemalangan ini.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Semasa Bank Islam no: 03102010004780 atas nama KPPM cawangan Kelantan, dan maklumkan kepada Bendahari secara sms/call di talian 014-8392942, atau Setiausaha 011-11415595.
Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)