KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, MALAYSIA (No Pendaftaran : 808)
My Blog List
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
11 November 2014
25 June 2014
25 February 2014
Azman Hamid Pengerusi Baru Putrajaya
PUTRAJAYA, 25 Feb - Mesyuarat AJK KPPM Cawangan Putrajaya bil.5/2012-2015 sebulat suara memilih Sdr Azman bin Hamid memangku jawatan Pengerusi KPPM Putrajaya menggantikan Sdr Fairul bin Md Yusof yang meletak jawatan.
.
06 February 2014
Perjumpaan KP bersama AMJKA bil.1/2014
PUTRAJAYA, 06 Feb - Majlis Perjumpaan Pengarah Penguatkuasa bersama AMJKA KPPM bil.1/2014 telah diadakan di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohd Roslan bin
Mahayudin, Pengarah Penguatkuasa KPDNKK.
Semua AMJKA KPPM hadir kecuali Setiausaha Agung, Pengerusi KPPM Kedah, Pengerusi KPPM Pulau Pinang dan Pengerusi KPPM Perak. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan BPGK.
Isu Penguatkuasa :
1. Penstrukturan semula :
Reorg dalam peringkat akhir. Mesyuarat telah
diadakan pada minggu lepas diantara BPSM, BPGK dan KPPM untuk diperhalusi dan
pemurnian untuk dibentangkan sekali lagi kepada JKPO (Jawatankuasa Pembangunan Organisasi)
di peringkat JPA sebelum keputusan muktamad yang akan dibuat oleh JPA.
2. Diskripsi tugas :
JD telah pun dipersetujui oleh pihak Pengurusan BPGK
di bawa untuk makluman pihak Kementerian.
Sukan KPPM :
Karnival Sukan KPPM 2014, dengan kerjasama BAKA akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Tarikh :
23-25 Mei 2014
Hari
: Jumaat - Ahad
Tempat : i. UiTM
Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
ii. Kompleks Sukan Kuala Pilah.
iii. Mini Stadium Kuala Pilah.
Acara sukan :
- Acara yang dilangsungkan lebih awal:
1. Ujian kemahiran menembak
(bulan April)
- Acara pada 23-25 Mei:
1. Bolasepak 9 sebelah.
2. Badminton berpasukan.
3. Bola tampar (L)
4. Bola jaring (P)
5. Sepak takraw antara regu.
6. Ping pong berpasukan.
7. Tarik tali.
- Acara sampingan:
1. Perarakan masuk terbaik
(kontinjen).
2. Golf (individu).
3. Dart (individu).
4. Teka biji betik.
5. Cabutan nombor bertuah.
- Acara khas bersama masyarakat:
1. Tarik tali.
2. Sepak raga bulatan.
3. Bola jaring.
Pengarah Penguatkuasa bersetuju karnival ini diadakan dan memberi endorsement.
Mantan KSU telah bersetuju bahawa para peserta boleh menggunakan kenderaan jabatan.
Satu taklimat berkaitan GST akan disampaikan oleh Pengarah
Penguatkuasa dalam masa karnival berlangsung.
Lain-lain hal
:
1. Isu menangani kos sara hidup rakyat:
- Kempen penurunan harga oleh PM.
- Kempen penguatkuasaan undang-undang penandaan harga oleh TPM.
2. KP bersetuju ada wakil KPPM pada Mesyuarat Pengurusan BPGK sebulan sekali.
3. Kekurangan pegawai di cawangan-cawangan.
4. Isu-isu semasa.
.4. Isu-isu semasa.
22 November 2013
18 November 2013
Semakan JD antara Pengurusan BPGK bersama KPPM
PUTRAJAYA, 18 Nov - Majlis bersama antara pihak Pengurusan Bahagian Penguatkuasa dan AMJKA KPPM telah diadakan bagi semakan akhir Diskripsi Tugas (JD) untuk anggota Penguatkuasa KPDNKK telah diadakan di BPGK Putrajaya.
26 August 2013
GAMIT bincang isu Penguatkuasa
YB Menteri PDNKK, Dato' Hasan bin Malek telah hadir bagi memberi amanatnya. Turut hadir ialah Tuan Pengarah Penguatkuasa dan timbalannya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato' Iskandar Halim bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan).
Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan BPGK, Ketua-Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Ketua-Ketua Cawangan, KPPM dan pegawai yang dilantik oleh setiap negeri.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu terkini penguatkuasaan.
.
16 April 2012
Mesyuarat Pengstrukturan Semula Perjawatan
PUTRAJAYA, 16 April - Satu mesyuarat khas berkenaan pengstrukturan semula perjawatan penguatkuasa telah diadakan di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan).
Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi di Bahagian Penguatkuasa bersama Presiden KPPM dan Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung KPPM.
AMJKA KPPM yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Dato' KSU Dengan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK sempena Sambutan Ulangtahun Hari Penguatkuasa ke-40.
13 April 2012
Mesyuarat AJK KPPM Negeri Sembilan
SEREMBAN, 13 April - Mesyuarat AJK KPPM Negeri Sembilan telah diadakan di PPDNKK Seremban yang dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Razip bin Jantan, Pengerusi KPPM Negeri Sembilan.
Mesyuarat bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung KPPM Negeri Sembilan yang dijadual diadakan pada 11 Mei 2012.
Lain-lain gambar, sila klik di sini.
.
02 April 2012
Mesyuarat KPPM bersama Pengurusan BPGK
PUTRAJAYA, 02 April - Satu perbincangan di antara wakil KPPM bersama pegawai pengurusan tertinggi Bahagian Penguatkuasa telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 3 BPGK, Putrajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Penguatkuasa, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin. Turut hadir Timbalan-Timbalan Pengarah Penguatkuasa dan pegawai-pegawai kanan BPGK.
Wakil KPPM : Presiden KPPM
Naib Presiden KPPM
Setiausaha Agung KPPM
Bendahari Agung KPPM
Pengerusi KPPM Perlis
Pengerusi KPPM Johor
Pengerusi KPPM N.Sembilan
Pengerusi KPPM Putrajaya
Media KPPM
PERBINCANGAN
PENSTRUKTURAN PERJAWATAN PENGUATKUASA
KPPM pada dasarnya bersetuju dengan penstrukturan tersebut dengan tujuan untuk mengembangkan kerjaya anggota penguatkuasa. Walau bagaimanapun KPPM memohon dilihat semula agihan perjawatan supaya kemajuan kerjaya yang seimbang kepada semua gred jawatan dan diskripsi tugas yang jelas perlulah diwujudkan.
Mesyuarat memutuskan satu jawatankuasa bersama ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan), khusus untuk membincangkan agihan perjawatan.
Semasa ucapan aluan Tuan Pengarah Penguatkuasa, beliau mengharapkan hubungan yang harmoni diantara pengurusan BPGK dengan KPPM sentiasa wujud dan semua perkara boleh dibincangkan bersama.
Tuan Pengarah juga memaklumkan bahawa sesuatu perkara yang dibuat oleh pengurusan penguatkuasa adalah dengan tujuan untuk kebaikan semua warga BPGK tanpa mengira pengurusan dan kumpulan pelaksana. Oleh itu pandangan KPPM yang mewakili majoriti anggota penguatkuasa kumpulan pelaksana sentiasa di dengari dan dipertimbangkan.
Beliau juga berharap tidak wujud jurang antara KPPM dengan pengurusan BPGK.
Isu integriti anggota penguatkuasa sebenarnya menyentuh keseluruhan integriti BPGK. Tuan Pengarah juga menasihatkan semua warga penguatkuasa agar menjaga integriti.
KPPM juga perlu memainkan peranan dengan memberi nasihat kepad ahli-ahli.
.
Mesyuarat AJK KPPM Putrajaya Bil.6
PUTRAJAYA, 02 April - Mesyuarat AJK KPPM Putrajaya bil.6 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cengal, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK Putrajaya.
Mesyuarat bagi membincangkan persediaan Mesyuarat Agung KPPM cawangan Putrajaya yang akan diadakan pada 07 Mei 2012.
24 March 2012
Mesyuarat AMJKA Bil.6/2010-12
KUALA LUMPUR, 24 Mac - Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) KPPM Bil.6 / 2010-2012 telah diadakan di Rumah Kesatuan KPPM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Semua ahli mesyuarat telah hadir kecuali Pengerusi KPPM Negeri Terengganu dan Pahang.
Agenda Mesyuarat :
1- Ucapan Presiden.
2- Mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3- Laporan kewangan berakhir 29/01/2012.
4- Laporan Cawangan KPPM.
5- Meluluskan permohonan ahli baru.
6- Meluluskan permohonan faedah Tabung Kebajikan.
7- Menyemak dan meluluskan senarai keahlian berakhir 24/03/2012 untuk kegunaan Mesyuarat Agung Cawangan dan Persidangan Tri-Tahunan.
8- Prosedur dan persiapan Mesyuarat Agung Cawangan dan Persidangan Tri-Tahunan.
9- Perancangan dan persiapan PersidanganPerwakilan Kali Ke VIII.
10- Isu-isu berbangkit untuk di bawa ke Pengurusan BPGK / PSM / MBJ / KSU dan CUEPACS.
11- Perkara-perkara berbangkit.
12- Hal-hal lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)




