21 April 2012

40th BPGK : Badminton PPDNKK Alor Setar


ALOR SETAR, 08 April - Sempena sambutan Hari Penguatkuasa ke-40, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Kedah telah mengadakan Pertandingan Badminton di Dewan Dato' Syed Omar, Alor Setar.



Foto by Othman bin Din
.

19 April 2012

40th BPGK : Majlis Makan Malam


PUTRAJAYA, 17 April - Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Penguatkuasa ke-40 telah diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3 Putrajaya.
   Majlis telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri PDNKK, YBhg Dato' Saripuddin bin Kasim, Ketua Setiausaha dan YBhg Datin Mahani Tan binti Abdullah, Timbalan KSU (K&P). Selain pegawai dan anggota penguatkuasa, turut diundang adalah mantan Pengarah Penguatkuasa dan mantan pegawai Penguatkuasa.

Malam Retro adalah tema pakaian yang dipilih.


YB Menteri dalam ucapannya telah mengumumkan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasa.


Pelbagai persembahan telah disajikan pada malam itu.


Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Lain-lain gambar, sila klik di sini
.

18 April 2012

40th BPGK : Persidangan 1 Penguatkuasa


PUTRAJAYA, 17 April - Bahagian Penguatkuasa KPDNKK telah mengadakan Persidangan 1 Penguatkuasa sempena sambutan Hari Penguatkuasa ke-40 di Dewan Sri Siantan, Presint 3 Putrajaya.
   Selain anggota Penguatkuasa KPDNKK dari seluruh negara, turut dihadiri 19 buah jabatan/agensi penguatkuasa lain di negara ini.

 













40th BPGK : Majlis Tahlil


PUTRAJAYA, 16 April - Majlis tahlil sempena Hari Penguatkuasa ke-40 telah diadakan di Surau Aras 1 KPDNKK Putrajaya.

Sembahyang berjamaah.


Jamaah wanita.


Ceramah agama oleh imam Masjid Putra, Putrajaya.


Penyerahan bantuan kepada Rumah Anak Yatim Miskin Tmn Baiduri, Dengkil disampaikan oleh Tuan Pengarah Penguatkuasa. Kutipan tabung berjumlah RM1,500.


Jamuan.


 
Lain-lain gambar, sila klik di sini
.

16 April 2012

Mesyuarat Pengstrukturan Semula Perjawatan


PUTRAJAYA, 16 April - Satu mesyuarat khas berkenaan pengstrukturan semula perjawatan penguatkuasa telah diadakan di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Dahuri bin Mahmud, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Pengurusan).


Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi di Bahagian Penguatkuasa bersama Presiden KPPM dan Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung KPPM.


AMJKA KPPM yang hadir pada Majlis Perjumpaan Bersama Dato' KSU Dengan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK sempena Sambutan Ulangtahun Hari Penguatkuasa ke-40.

40th BPGK : Perjumpaan Dato' KSU Dengan Pegawai Penguatkuasa


PUTRAJAYA, 16 April - Majlis Perjumpaan Bersama YBhg. Dato' Ketua Setiausaha Dengan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK telah diadakan di Dewan Serbaguna KPDNKK, sempena Sambutan Ulangtahun Bahagian Penguatkuasa Ke-40.


Aturcara Majlis :
8.30 pg - Pendaftaran warga penguatkuasa.
8.45 pg - Ketibaan Pengarah Penguatkuasa.
9.00 pg - Ketibaan Y.Bhg. Dato' KSU.
             - Nyanyian lagu Negaraku.
               Persembahan koir Bahagian Penguatkuasa.
             - Bacaan doa.
             - Bacaan Ikrar Penguatkuasa.
             - Tayangan video pendek.
             - Ucapan aluan oleh Pengarah Penguatkuasa,
               Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin.
             - Ucapan oleh Dato' KSU,
               Y.Bhg. Dato' Saripuddin bin Kasim.
             - Gimik pelancaran Hari Penguatkuasa 2012.
             - Penyampaian Sijil Penghargaan.
             - Bersurai.


Kumpulan koir Bahagian Penguatkuasa.


Bacaan Ikrar Penguatkuasa.


Ucapan Y.Bhg. Dato' Ketua Setiausaha KPDNKK.


Gimik pelancaran Hari Penguatkuasa 2012.



Penyampaian Sijil Penghargaan.

Lain-lain gambar, sila klik di sini.
.

40thn BPGK : Ikrar Penguatkuasa


IKRAR BAHAGIAN PENGUATKUASA


Kami yang berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berikrar bahawa kami akan berkhidmat dan dengan sedaya upaya, tekun serta berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi mencapai objektif organisasi iaitu menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna. Ke arah ini kami akan:-

Menghayati dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan awam;

Menerapkan budaya kerja berkualiti berteraskan semangat bekerjasama, amanah, komited dan adil;

Meningkatkan produktiviti bagi menepati piagam pelanggan selaras dengan aspirasi kerajaan dan ekspektasi orang ramai;

Melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta berpandukan undang-undang, peraturan-peraturan, prosedur-prosedur dan arahan-arahan ; dan

Meningkatkan imej organisasi dengan meletakan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri.