20 November 2013

Konvensyen Cuepacs : 2 Wakil KPPM Bertanding

Pemilihan kepimpinan Cuepacs bagi sessi 2013-2016 akan diadakan pada Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 dari 17-19 Disember ini.
  Dua orang wakil daripada KPPM telah menawarkan diri bagi merebut 2 jawatan penting dalam kepimpinan Cuepacs kali ini.


  Presiden KPPM, Sdr. Rusbakaruraini bin Shahfie telah menawarkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Cuepacs.
  Beliau yang telah 2 penggal memeggang jawatan Naib Presiden (Gred Pentadbiran, Sokongan & Sosial) akan dicabar dalam pertandingan 8 penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden Cuepacs kali ini.


  Setiausaha Agung KPPM, Sdr. Azwan bin Ariffin pula telah menawarkan diri bagi merebut jawatan Naib Presiden Cuepacs bagi Gred Penguatkuasa.
  Beliau yang telah lama bersama Kongres Cuepacs akan mencuba nasib bagi mengisi jawatan yang baru diperkenalkan pada pemilihan kali ini.
.

18 November 2013

Semakan JD antara Pengurusan BPGK bersama KPPM


PUTRAJAYA, 18 Nov - Majlis bersama antara pihak Pengurusan Bahagian Penguatkuasa dan AMJKA KPPM telah diadakan bagi semakan akhir Diskripsi Tugas (JD) untuk anggota Penguatkuasa KPDNKK telah diadakan di BPGK Putrajaya.

14 November 2013

Tabung kutipan untuk PPP Shahril Fitri (Seremban)

Sumber : KPPM N.Sembilan

En Shahril Fitri bin Zulkifli,  Penolong Pegawai Penguatkuasa di PPDNKK Negeri Sembilan telah disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian perut yang disyaki adalah kanser.
   Satu pembedahan telahpun  dijalankan bagi membuang ketumbuhan tersebut. Beliau kini berada di rumah keluarga di Mantin, Negeri Sembilan serta  sedang cuti sakit bagi menjalani rawatan susulan.
   Isteri beliau, Puan Zuraida Binti Zainal, Penolong Pegawai Penguatkuasa di PPDNKK cawangan Port Dickson terpaksa mengambil cuti separuh gaji bagi menguruskan rawatan ke atas beliau.

   Pihak KPPM Negeri Sembilan dan PPDNKK Negeri Sembilan telahpun melancarkan beberapa kutipan bagi membantu meringankan beban dan kos rawatan beliau. 
   Lanjutan dari itu satu tabung kutipan bagi membantu meringankan  kos rawatan yang ditanggung oleh beliau telah dilancarkan.  
   Semua sumbangan tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam akaun Bendahari KPPM Negeri Sembilan,  En Azli bin Ghazali, Nombor Akaun Malayan Banking Berhad : 156057256630 sebelum 30 November 2013. 
   Sebarang pertanyaan bolah berhubung terus dengan Pengerusi KPPM N.Sembilan, Sdr. Ramli bin Abu Hasan di talian 017-2290007.
.

Mesyuarat Cuepacs Terakhir Dato' Omar


KUALA LUMPUR, 14 Nov - Mesyuarat Kongres Cuepacs terakhir sebelum berlangsungnya Konvensyen Tritahunan Cuepacs ke-26 pada 17 Disember nanti telah diadakan dimana ahli majlis kongres mendengar ucapan terakhir Presiden Cuepacs, Dato' Hj Omar Osman.

Setiausaha Agung KPPM KPDNKK, Sdr Azwan Ariffin hadir dalam Mesyuarat Kongres Cuepacs.
Presiden KPPM KPDNKK, Sdr. Rus Bakarurraini Shahfei bergambar bersama kepimpinan Cuepacs.
.

06 November 2013

Melawat PPP Shahril Fitri (Seremban)

Sumber : KPPM Negeri Sembilan


SEREMBAN, 06 Okt - Pegawai dari PPDNKK cawangan Port Dickson yang diketuai oleh Pengerusi KPPM Negeri Sembilan telah melawat PPP Shahril Fitri di rumahnya di Seremban.
  Beliau disyaki mengidap kanser di bahagian perut. Isteri beliau PPP Zuraida yang bertugas di PPDNKK cawangan Port Dickson telah mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga beliau yang sedang sakit.
  Hadir sama dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan PPDNKK Port Dickson, PP Yusof bin Bakar.
.