Showing posts with label Program Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Program Pengguna. Show all posts

12 October 2012

Program Familiarisasi bersama Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia

Majlis perasmian penutup oleh YB Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.
PUTRAJAYA, 11 Okt. - Bahagian Penguatkuasa KPDNKK telah menganjurkan Program Familiarisasi Akta/Peraturan Bagi Tujuan Pengukuhan Pengawasan Dan Kawalselia kepada Penghulu/Penggawa peringkat kebangsaan telah diadakan dari 10-11 Oktober 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
Sebahagian para peserta program yang terdiri daripada Penghulu/Penggawa.
 
Presiden KPPM turut hadir dalam majlis perasmian.

Majlis penyampaian kad Skuad Pengguna kepada wakil Penghulu/Penggawa bagi setiap negeri.
 
Presiden KPPM Sdr. Rus Bakarurraini bersama Yang Dipertua Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia, En. Mohd Fuad bin Zainal Abidin.
 
  Sebelum itu, pada malam 10 Oktober para peserta telah mengadakan Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia, di Dewan B, PICC.
 
Majlis makan malam dan Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.
 
Sdr. Mustafa Kamal (Pen.Bendahari KPPM) selaku urusetia program menyampaikan aturcara Program Familiarisasi sebelum berlangsungnya Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.
 
Sebahagian urusetia program dan juga pegawai pengiring daripada PPDNKK negeri.

Orang kuat di balik tabir program.
Urusetia Unit Kawalan Bersama Agensi (UKBA) Bhg.Penguatkuasa, Putrajaya.
.

11 June 2012

Penguatkuasaan Bestari Peringkat Kebangsaan 2012

SHAH ALAM, 07 Jun - Program Penguatkuasaan Bestari (Smart Enforcement) Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam.



Antara aturcara program ialah Forum "Penguatkuasaan Bestari".




Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.





.

24 March 2012

Pelancaran Skuad Pengguna


KUALA LUMPUR, 22 Mac - Majlis Pelancaran Skuad Pengguna telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di KL Sentral, Kuala Lumpur.



Utusan Malaysia (23/03/2012)

Skuad Pengguna galak amalan perniagaan baik - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini melancarkan Skuad Pengguna bagi memperkasakan peranan pengguna dan menggalakkan amalan perniagaan yang baik di kalangan peniaga.
  Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad itu dipertingkatkan dari segi penstrukturan, imej dan keistimewaan kepada ahlinya untuk membantu kementerian memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika.
  "Skuad ini merupakan penjenamaan semula daripada Rakan Pengguna yang dilancarkan pada 2001 yang tidak mempunyai struktur yang jelas selain tiada sebarang keistimewaan.
  "Apabila berlaku krisis kekurangan barangan keperluan seperti gula, kita tidak nampak peranan yang dimainkan oleh Rakan Pengguna.
  ''Tetapi menerusi Skuad Pengguna ini, penyertaannya bukan sahaja di kalangan individu tetapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna dan bukan pengguna serta komuniti perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Pengguna di sini hari ini.
  Terdahulu, Ismail Sabri menyampaikan bantuan kewangan kepada beberapa NGO yang akan menggerakkan Skuad Pengguna antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
  Kementerian itu pada 2001 telah menubuhkan Sukarelawan Pemantau Harga yang kemudiannya dikenali sebagai Rakan Pengguna sebagai 'mata dan telinga' kerajaan untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan yang tidak beretika dengan keahlian seramai 43,000 orang.
  Ismail Sabri berkata, penglibatan NGO pengguna dan bukan pengguna memudahkan lagi penyaluran maklumat dan memperkasa suara pengguna sekali gus mampu menentukan sistem pasaran.
  "Aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh skuad ini turut disokong oleh komuniti perniagaan seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) serta pasar raya besar sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka," ujarnya.
  Beliau berkata, pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai panduan kepenggunaan dan mendaftar diri sebagai ahli Skuad Pengguna dengan melayari Portal 1 Malaysia Pengguna Bijak di www.1pengguna.com

.
Foto oleh Presiden KPPM.

19 March 2012

PPDNKK KKB : Cabaran Interaktif Pengguna


HULU YAM, 18 Mac - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Kuala Kubu Bharu, bersama komuniti Tmn Sri Liam, Hulu Yam Bharu telah menganjurkan Karnival Komuniti Bestari Pengguna Bijak dan Cabaran Interaktif Pengguna di pakir tambahan Masjid Al-Falah, Hulu Yam Bharu, Selangor.

Cabaran Interaktif Pengguna oleh Kelab Pengguna Sekolah di sekitar daerah Hulu Selangor.

Pengerusi KPPM Selangor bersama ahli KPPM & pegawai PPDNKK Kuala Kubu Bharu bertugas menjayakan program.
Lain-lain gambar, sila klik di sini.