Showing posts with label Koperasi. Show all posts
Showing posts with label Koperasi. Show all posts

11 December 2012

Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Penguatkuasa KPDNKK 2012


PUTRAJAYA, 10 Dis - Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2012/2013, Koperasi Kakitangan Penguatkuasa KPDNKK Berhad telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya.


Seramai 40 orang anggota koperasi telah hadir dan telah memberikan beberapa usul aktiviti koperasi yang bakal dilaksanakan. Ini termasuklah kadar bayaran dividen yang layak diberikan kepada semua anggota koperasi.


Ahli Lembaga Koperasi yang baru dilantik bagi sesi 2012/2013.

FOTO [ KLIK DI SINI ]
.

30 October 2012

Taklimat Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia


PUTRAJAYA, 29 Okt - Satu taklimat mengenai Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia Berhad telah diadakan di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.


  Taklimat telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Y.Bhg. Dato' Hj. Omar bin Hj. Osman.
  Sebelum itu satu penerangan berkenaan koperasi telah disampaikan oleh Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Sdr. Azih bin Muda.


  Taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai Koperasi Penjawat Awam 1 Malaysia Berhad khusus kepada warga KPDNKK Putrajaya, sebelum taklimat ini disampaikan ke seluruh negara.


Koperasi ini terbuka kepada semua Penjawat Awam seluruh Malaysia.

Fi bayaran masuk : RM10.00
1 Syer : RM100.00
Jumlah syer tidak terhad.
Boleh membuat bayaran ansuran potongan gaji (Contoh ansuran RM10 sebulan. Setelah cukup RM100 akan dikira 1 syer)
.