15 August 2012

Melawat PmP Razali di Hospital Sg Buloh

Hasil Tabung Kutipan sumbangan daripada warga KPDNKK seluruh negara telah diserahkan oleh Tuan Pengarah PPDNKK WPKL.

SUNGAI BULOH, 15 Ogos - Satu program melawat ahli KPPM yang ditimpa kemalangan jalan raya iaitu En. Mohd Razali bin Ali, Pembantu Penguatkuasa N17 daripada PPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah diadakan di Hospital Sg Buloh hari ini. 
   Lawatan ini dihadiri oleh Pengarah PPDNKK WPKL, Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri WPKL, Presiden KPPM Malaysia, Pengerusi KPPM WPKL, AJK dan ahli KPPM WPKL, serta kakitangan di PPDNKK WPKL.

PmP Razali masih dirawat di Wad 5D Ortopedik 2, Hospital Sg Buloh.

   PmP Razali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 01 Ogos 2012 di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada jam 11.00 malam yang melibatkan beliau, isteri serta 3 orang anak beliau, dan kesemuanya dimasukkan ke Hospital Sg Buloh.
   Sehingga pada program lawatan ini, kesemuanya telah beransur pulih. walau bagaimana pun PmP Razali, isterinya dan anak bongsu beliau masih menerima rawatan. Manakala anak sulong dan anak ke-2 telah dibenarkan pulang.

Antara ahli KPPM dan warga kerja PPDNKK WPKL yang hadir melawat PmP Razali hari ini.

   Atas keperihatinan ahli KPPM WPKL, pegawai dan kakitangan PPDNKK WPKL telah melancarkan Tabung Kutipan bagi membantu PmP Razali, ke seluruh pejabat KPDNKK seluruh negara.
   Hasilnya Tabung Kutipan telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM6,602.00 sejak ia dilancarkan. Pada program ini, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada PmP Razali oleh Tuan Pengarah PPDNKK WPKL.

Melawat isteri PmP Razali di Wad 7B Neurosurgeri 1, Hospital Sg Buloh.

Melawat anak bongsu PmP Razali di Wad 8C Pediatrik, Hospital Sg Buloh.

Menerima penerangan daripada salah seorang doktor yang merawat keluarga PmP Razali iaitu Dr Mah Jon Kooi.
Lain-lain gambar sila klik di sini.
.

10 August 2012

KPPM WPKL lawat anak-anak yatim


KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, KPPM cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan aktiviti lawatan ke rumah anak-anak yatim di Pusat Jagaan Nuri, Setapak, Kuala Lumpur.


  Pihak KPPM bersama Seksyen Penguatkuasa PPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyerahkan wang sejumlah RM1,100.00 yang berjaya dikumpul untuk perbelanjaan baju raya kepada anak-anak yatim.


  Sumber kewangan diperolehi daripada kutipan derma ikhlas Pegawai-Pegawai Penguatkuasa PPDNKK WPKL.
.

02 August 2012

PmP Razali (WPKL) Kemalangan Jalanraya

Sumber : KPPM WP/Kuala Lumpur

  Dukacita di maklumkan bahawa En. Mohd Razali bin Ali, Pembantu Penguatkuasa N17 (no.ahli KPPM 1237) telah mengalami kemalangan jalan raya pada 01 Ogos 2012 jam 11.00 malam yang melibatkan beliau, isteri dan 3 orang anak beliau. Beliau sekeluarga sedang menerima rawatan di Wad 5A, Hospital Sungai Buloh.
  Keadaan beliau di laporkan patah kedua-dua belah kaki, isteri ( Pn Rohaida Mohd Safri ) telah sedarkan diri & di laporkan mengalami kecederaan dalaman, anak sulung beliau ( 11 Tahun ) patah paha kiri dan ke 2 ( 7 Tahun ) mengalami kecederaan di kepala manakala anak bongsu ( 4 tahun ) berada dalam keadaan kritikal dan di tempatkan di ICU.


  Kenderaan beliau ( Proton Wira ) di laporkan mengalami kerosakan teruk (total loss).


  Sehubungan itu, pihak KPPM WPKL melancarkan tabung sumbangan bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Sebarang sumbangan boleh di salurkan ke akaun : KPPM WPKL ( CIMB 1420-0007120-05-0 ).
  Pohon sebarang sumbangan, sila maklumkan melalui SMS / emel kepada MOHD FAIZUL SALLEH ( 017-9630843 / mfaizul@kpdnkk.gov.my ) atau NIK HAZUHAN ( 019-9135856 / hazuhan@kpdnkk.gov.my ).

26 July 2012

Kereta PmP Sukhaimi (Pontian) disimbah petrol

Sumber : KPPM Johor


PONTIAN, 23 Julai - Kereta dan motosikal milik PmP Sukhaimi bin Hj Sanusi (ahli KPPM no 733) dari PPDNKK cawangan Pontian, Johor telah disimbah dengan minyak petrol (molotov koktil) oleh mereka yang tidak dikenali di rumah beliau pada hari Isnin 23 Julai jam 3.30 pagi.
   Satu laporan Polis telah dibuat dan pihak polis menjustifikasi kes sebagai sabotaj/khianat.


   Sehubungan dengan itu pihak PPDNKK Pontian dan KPPM Negeri Johor telah melancarkan tabung kebajikan bagi meringankan beban beliau.
   Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB no 01050006026203, atas nama Saharudin bin Sanusi.
.

24 July 2012

Usul kenaikan yuran ditolak


KAKI BUKIT, 18 Julai - Usul bagi menaikan yuran bulanan daripada RM5.00 sebulan kepada RM10.00 sebulan telah ditolak oleh ahli-ahli KPPM melalui undi sulit. Hanya 18.81 peratus (250 ahli) menyokong.
   Usul ini telah dibangkitkan pada Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan KPPM kali ke-7, September 2010 lalu.

Perwakilan membahaskan usul.

   Begitu juga dengan usul tuntutan tabung faedah perpindahan telah ditolak oleh ahli melalui undi sulit, dimana ahli yang diarahkan berpindah dan layak membuat tuntutan rasmi perpindahan jabatan dicadangkan adalah tidak layak menuntut faedah perpindahan tabung kebajikan KPPM. Hanya 19.33 peratus (257 ahli) menyokong.
   Dengan penolakan ini maka ahli masih boleh menuntut faedah perpindahan daripada tabung kebajikan KPPM jika ia memenuhi syarat.  
Perbahasan usul daripada perwakilan Putrajaya.


Pazidah menang pertandingan tiga penjuru

Sdri Pazidah Hamzah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung.
Pembuangan kertas undi.
Jemaah pemeriksa kertas undi.

Video : Pengumuman keputusan pemilihan.