27 December 2013

Menteri PDNKK terima gelaran Dato' Sri

Bernama online, 26 Dis 2013
PEKAN, 26 Dis - YB. Dato' Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena memuliakan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-83 di Istana Abu Bakar, Pekan.

Utusan Malaysia, 27 Dis 2013
  Bagi pihak Presiden KPPM, Ahli Majlis Jawatankuasa Agung KPPM dan seluruh ahli KPPM KPDNKK merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Sri.

.

PPP Shahril Fitri (Seremban) meninggal dunia


SEREMBAN, 20 Dis - Penolong Pegawai Penguatkuasa dari PPDNKK Negeri Sembilan, En. Mohd Shahril Fitri bin Zulkifli (N27) telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.50 ptg di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
  Allahyarham merupakan suami kepada Pn Zuraida binti Zainal, Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 di PPDNKK cawangan Port Dickson.
  Jenazah telah dikebumikan di kampung Allahyarham di Mantin, N.Sembilan.

KPPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmad.
Al-Fatihah.
.

20 December 2013

Azih Muda Presiden Baru Cuepacs


KUALA LUMPUR, 19 Dis - Sdr. Azih Muda diumumkan sebagai Presiden CUEPACS bagi penggal 2013-2016 pada pemilihan Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras.
  Beliau sebelum ini memeggang jawatan Timbalan Presiden 1 CUEPACS merupakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE).

Utusan Malaysia, 20 Dis 2013

Pegawai Tertinggi CUEPACS sesi 2013-2016

Presiden : AZIH MUDA
Timbalan Presiden 1 : ZAINAL ISMAIL
Timbalan Presiden 2 : MOHD SHAMAN JAES

Setiausaha Agung : LOK YIM PHENG
Timbalan Setiausaha Agung 1 : ADNAN MAT
Timbalan Setiausaha Agung 2 : ABDUL RAHMAN MOHD
Timbalan Setiausaha Agung 3 : MAHAMAD BAHRUM

Setiausaha Kewangan : JAAPAR MANSOR
Timbalan Setiausaha Kewangan : MOHD RAZALI SINGAH

Berita Harian, 20 Dis 2013

Gred Sains, Pendidikan & Pembangunan
  Naib Presiden : ASHARI MAAROF
  Pen. Setiausaha : ZAITON OTHMAN

Gred Pelajaran
  Naib Presiden : HASHIM ADNAN
  Pen. Setiausaha : KAMARUZAMAN ABD RAZAK

Gred Ekonomi & Pertanian
  Naib Presiden : HASMI HAMIDAN
  Pen. Setiausaha : RAZALI SARIP

Gred Kejuruteraan
  Naib Presiden : MOHAMAD YUSOF
  Pen. Setiausaha : RAZAK DARUS

Gred Keselamatan, Pertahanan Awam, Perundangan & Pengangkutan
  Naib Presiden : MOHD SAYUTI HARON
  Pen. Setiausaha : MASNUN IDRIS

Harian Metro, 20 Dis 2013

Gred Pentadbiran & Sokongan, Bakat Seni & Sosial
  Naib Presiden : AMINUDDIN CHIK
  Pen. Setiausaha : SALIMAH KADIS

Gred Perubatan & Kesihatan
  Naib Presiden : ZAINAL ABD GHAFAR
  Pen. Setiausaha : SALINA MD SAID

Gred Mahir, Separuh Mahir & Tidak Mahir
  Naib Presiden : SAYUTI DOLLAH
  Pen. Setiausaha : IZAM KHUZAIFAH

Gred Kewangan & Sistem Maklumat
  Naib Presiden : RAMLI KHALIL
  Pen. Setiausaha : MOHD ARFANDI SAID

Bahagian Wanita
  Naib Presiden : ROSNI ABD AZIZ
  Pen. Setiausaha : SITI HJ MAHFUZ

Kosmo, 20 Dis 2013

Gred Kuasa-Kuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun
  Naib Presiden : MOHD HAMIDI SALLEH
  Pen. Setiausaha : AZHAR ABD SHUKOR

Gred Pengurusan & Profesional
  Naib Presiden : WAN AHMAD FAIZAL WAN NAWI
  Pen. Setiausaha : HARRY TAN HUAT HOCK

Gred Sabah
  Naib Presiden : LAURANCE BOON
  Pen. Setiausaha : ADAMIN MOK

Gred Sarawak
  Naib Presiden : RIDCHARD PANDAT PENGIRET
  Pen. Setiausaha : AHMAD MALIK

Gred Penguatkuasaan
  Naib Presiden : HAMZAH MASRI
  Pen. Setiausaha :    -

New Straits Times, 20 Dec 2013
.

19 December 2013

Calon KPPM Tewas

KUALA LUMPUR, 19 Dis - Dua calon daripada KPPM KPDNKK telah tewas dalam Pemilihan Cuepacs sesi 2013-2016 yang telah diumumkan pada petang ini.


.

KPPM Bawa 7 Usul Namun Hanya 5 Diterima

KUALA LUMPUR, 19 Dis - KPPM KPDNKK telah membawa 7 usul pada Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 ini. Namun hanya 5 usul diterima dan 2 usul ditolak.


.

Jamuan Malam Konvensyen Cuepacs

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Majlis makan malam sempena Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 telah dihadiri oleh tetamu kehormat YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras.


.

2 Calon Bertanding Pemilihan Cuepacs

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Dua orang wakil daripada KPPM KPDNKK telah menjadi calon dalam Pemilihan Majlis Tertinggi Cuepacs sesi 2013-2016 pada Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 ini.


.

13 Perwakilan KPPM Ke Konvensyen Cuepacs

KUALA LUMPUR, 17 Dis - KPPM KPDNKK telah menghantar 13 orang perwakilan dan 7 orang pemerhati di Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras.


.

PM Rasmi Konvensyen Cuepacs Ke-26

KUALA LUMPUR, 17 Dis - Konvensyen Tritahunan Cuepacs Ke-26 telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras.


.

06 December 2013

Presiden CUEPACS ke KPDNKK

PUTRAJAYA, 05 Dis - Presiden CUEPACS, YBhg Dato' Hj Omar Osman telah hadir memberikan taklimat pada majlis anjuran Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Presint 2, Putrajaya.