31 October 2013

Hari Inovasi KPDNKK 2013

PUTRAJAYA31 Okt - Sambutan Hari Inovasi 2013 peringkat KPDNKK telah diadakan pada 29-31 Oktober di KPDNKK Putrajaya.
   Majlis Anugerah Inovasi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, YB Dato' Hasan bin Malek pada Majlis Perasmian di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.

28 October 2013

Mesyuarat AMJKA Bil. 4/2012-2015

IPOH, 27 Okt - Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) telah mengadakan mesyuarat bilangan 4/2012-2015 di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Perak, di Wisma Persekutuan Ipoh.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden KPPM, Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, dan dihadiri oleh semua AMJKA kecuali Naib Presiden KPPM, Pengerusi KPPM Selangor, Pengerusi KPPM Pahang, Pengerusi KPPM Terengganu, Pengerusi KPPM Kelantan, Pengerusi KPPM Pulau Pinang dan Pengerusi KPPM Negeri Sembilan. Putrajaya diwakili oleh Naib Pengerusinya.


Antara perkara yang dibincangkan adalah :
1. Perbincangan isu yang akan dibangkitkan pada Perjumpaan AMJKA dengan YB Menteri pada bulan November ini.
2. Perbincangan usul-usul yang akan dibawa oleh perwakilan KPPM dalam Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 pada 17-19 Disember.
3. Perbincangan isu-isu tugas penguatkuasaan, isu kebajikan anggota, perbincangan Sukan KPPM dan lain-lain lagi.

.

Pekeliling Perkhidmatan : Kenaikan Pangkat Secara Time-Based

Sumber : Laman Portal JPA

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2013

KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN KECEMERLANGAN
BAGI PEGAWAI KUMPULAN
PELAKSANA YANG BERADA
DI GRED LANTIKAN

Tarikh Pekeliling : 10 Oktober 2013

Pekeliling : SILA KLIK DI SINI

01 October 2013

Pengarah Penguatkuasa masuk hospital


PUTRAJAYA, 01 Okt - Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Tuan Mohd Roslan bin Mahayudin telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana sakit perut awal pagi ini.