24 March 2013

PmP Sapaki Mamat (Kajang) meninggal dunia



KAJANG, 24 Mac - PmP Sapaki bin Mamat (N22) daripada PPDNKK Kajang telah meninggal dunia secara mengejut di rumah bujangnya di Kajang pagi ini.
  Jenazah kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, sebelum disembahyangkan di Surau Al-Amin Presint 9, Putrajaya.
  Jenazah dibawa balik ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan, dan telah selamat dikebumikan pada jam 2.00 pagi.



KPPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
.

20 March 2013

Taklimat Insurans : Skim Penyayang KPPM


PUTRAJAYA, 19 Mac - KPPM Pusat telah menyediakan satu skim insurans berkelompok kepada ahlinya yang dinamakan Skim Penyayang KPPM, di bawah syarikat insurans MCIS Zurich Insurance.


  Satu taklimat berkenaan insurans ini telah diadakan di Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya oleh wakil syarikat insurans tersebut.
.

16 March 2013

PP 2/2013 : Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum

13 Mac 2013

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013 : Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Pekeliling ( SILA KLIK DI SINI )


.

11 March 2013

SUA terima Pingat PCK


ANAK BUKIT, 07 Mac - Setiausaha Agung KPPM, Sdr. Azwan bin Ariffin telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) di Majlis Penganugerahan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah yang ke-85.

Cuepacs bersama TPM


KUALA LUMPUR, 21 Feb - Majlis Perjumpaan Khas CUEPACS bersama Timbalan Perdana Menteri di dewan CIDB Kuala Lumpur.
   KPPM diwakili oleh Pengerusi KPPM cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama beberapa ahlinya.



10 March 2013

KUNJUNGAN HORMAT KPPM KELANTAN



KOTA BHARU 07 Mac - KPPM Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Pengarah PPDNKK Negeri Kelantan yang baru iaitu Tuan Sharuddin Bin Jali. Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi KPPM Kelantan iaitu Saudara Abd. Razak bersama AJK KPPM Cawangan.




Kunjungan hormat ini adalah bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan negeri dan juga menjalinkan hubungan mesra antara pihak pengurusan dan KPPM. Dalam pertemuan ini juga beberapa perkara telah disuarakan bagi meningkatkan lagi kerjasama dan kebajikan para ahli.






Semoga kunjungan hormat ini menjadi platform dalam mewujudkan satu jalinan kerjasama yang baik antara pihak pengurusan dan pihak KPPM.

MYY