26 December 2012

Pejabat Kubang Pasu Diancam


KUBANG PASU, 23 Dis - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Kubang Pasu telah menerima ancaman dengan kesan tembakan pada tingkap cermin di bahagian pantry tingkat 1 pejabat tersebut.
  Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti rehat bagi negeri Kedah.


Kejadian disedari apabila pada pagi Ahad 23 Disember oleh seorang pembersih pejabat yang datang awal pagi, dan kemudiannya memaklumkan kepada Ketua Cawangan.


  Satu Laporan Polis telah dibuat pada hari yang sama, dan sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu telah datang untuk membuat siasatan dan telah mengesahkan bahawa kesan lubang pada tingkap di bahagian pantry PPDNKK Kubang Pasu adalah kesan tembakan yang dipercayai daripada pistol angin.
  Kejadian mungkin disebabkan oleh sendikit yang tidak berpuashati dengan tindakan yang telah diambil ke atas mereka baru-baru ini.
.

14 December 2012

Hari Inovasi : Anugerah Inovasi KPDNKK 2012


PUTRAJAYA, 14 Nov - Sambutan Hari Inovasi 2012 peringkat KPDNKK telah diadakan pada 12-14 November di KPDNKK Putrajaya.
   Majlis Anugerah Inovasi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada Perhimpunan Bulanan Disember KPDNKK di Dewan Serbaguna KPDNKK Putrajaya.


1. ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK PERINGKAT CAWANGAN :
          Johan : PPDNKK Segamat
          Kedua : PPDNKK Tapah
          Ketiga : PPDNKK Muar


2. ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK PERINGKAT BAHAGIAN :
          Johan : Bahagian Perancangan Dasar Dan Strategik
          Kedua : Bahagian Penguatkuasa
          Ketiga : Bahagian Undang-Undang


3. ANUGERAH PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB :
          Johan : PPDNKK Melaka
          Kedua : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
          Ketiga : Bahagian Khidmat Pengurusan Kewangan


4. ANUGERAH AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S TERBAIK PERINGKAT CAWANGAN :
          Johan : PPDNKK Port Dickson
          Kedua : PPDNKK Kemaman
          Ketiga : PPDNKK Semporna


5. ANUGERAH AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S TERBAIK PERINGKAT NEGERI/BAHAGIAN :
          Johan : PPDNKK WP Labuan
          Kedua : Bahagian Penyelidikan Dan Dasar Kepenggunaan
          Ketiga : PPDNKK Terengganu


6. ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAKSANAAN PROJEK :
          Johan : PPDNKK Selangor
          Kedua : PPDNKK Pahang
          Ketiga : PPDNKK Perak



7. ANUGERAH PROJEK KIK TERBAIK :

Johan : Kumpulan KIK Kenyalang
            ( PPDNKK Sarawak )

Kedua : Kumpulan KIK Smart E'Supply
             ( Bahagian Penguatkuasa )

Ketiga : Kumpulan KIK Gading Emas
             ( PPDNKK Pahang )



8. ANUGERAH PROJEK INOVASI TERBAIK :

          Johan : Basket Of Brands (BOB)
                   ( Bahagian Penguatkuasa )

          Kedua : Skuad Pengguna
                    ( Bahagian Gerakan Kepenggunaan )

          Ketiga : Sistem MyStandard bagi Barang Mainan Kanak-Kanak
                    ( Bahagian Standard Kepenggunaan )

Presiden KPPM Malaysia, Pengerusi KPPM Putrajaya dan Bendahari KPPM Putrajaya bergambar di hadapan pameran Basket Of Brand (BOB) Bahagian Penguatkuasa yang menjadi johan Anugerah Projek Inovasi KPDNKK 2012.
.

Hari Inovasi : Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Penguatkuasaan 2012

PUTRAJAYA, 14 Nov - Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Penguatkuasaan 2012 telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada Majlis Hari Inovasi KPDNKK 2012.


1. PENGURUSAN EKSIBIT TERBAIK PPDNKK NEGERI :
          Johan : PPDNKK Perak
          Kedua : PPDNKK Pulau Pinang
          Ketiga : PPDNKK Sarawak


2. PENGURUSAN EKSIBIT TERBAIK PPDNKK DAERAH :
          Johan : PPDNKK Batu Pahat
          Kedua : PPDNKK Taiping
          Ketiga : PPDNKK Kuala Selangor


3. PENGENDALIAN DAN PENYELESAIAN KERTAS SIASATAN TERBAIK PPDNKK NEGERI :
          Johan : PPDNKK Perak
          Kedua : PPDNKK N.Sembilan
          Ketiga : PPDNKK WP Labuan


4. PENGENDALIAN DAN PENYELESAIAN KERTAS SIASATAN TERBAIK PPDNKK DAERAH :
          Johan : PPDNKK Kulim
          Kedua : PPDNKK Taiping
          Ketiga : PPDNKK Raub


5. SIASATAN DAN PENYELESAIAN ADUAN TERBAIK PPDNKK NEGERI :
          Johan : PPDNKK Melaka
          Kedua : PPDNKK Selangor
          Ketiga : PPDNKK Perak


6. SIASATAN DAN PENYELESAIAN ADUAN TERBAIK PPDNKK DAERAH :
          Johan : PPDNKK Raub
          Kedua : PPDNKK Sibu
          Ketiga : PPDNKK Kuala Selangor


7. PENGURUSAN SENJATA API, GIRN DAN PERALATAN METROLOGI TERBAIK :
          Johan : PPDNKK Kuala Selangor
          Kedua : PPDNKK Batu Pahat
          Ketiga : PPDNKK Pahang


8. PEGAWAI PENYIASAT PENGUATKUASA TERBAIK :
          Puan Farhana binti Musa,
          Pen.Pegawai Penguatkuasa N27,
          PPDNKK Seberang Perai Tengah.


9. PEGAWAI PENDAKWA PENGUATKUASA TERBAIK :
          Encik Gunasegaran A/L Munusamy,
          Pegawai Penguatkuasa N41,
          PPDNKK Pulau Pinang.


10. PENCAPAIAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN TERBAIK PPDNKK NEGERI :
          Johan : PPDNKK Perak
          Kedua : PPDNKK Selangor
          Ketiga : PPDNKK Pulau Pinang
.

11 December 2012

Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Penguatkuasa KPDNKK 2012


PUTRAJAYA, 10 Dis - Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2012/2013, Koperasi Kakitangan Penguatkuasa KPDNKK Berhad telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jati, Aras 3 Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya.


Seramai 40 orang anggota koperasi telah hadir dan telah memberikan beberapa usul aktiviti koperasi yang bakal dilaksanakan. Ini termasuklah kadar bayaran dividen yang layak diberikan kepada semua anggota koperasi.


Ahli Lembaga Koperasi yang baru dilantik bagi sesi 2012/2013.

FOTO [ KLIK DI SINI ]
.

10 December 2012

Bolasepak : PPDNKK Selangor vs KKB


KUALA KUBU BHARU, 07 Dis - Satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara PPDNKK Negeri Selangor menentang PPDNKK cawangan Kuala Kubu Bharu telah diadakan di padang Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu.

.

06 December 2012

Melawat PmP Ajam


KAJANG, 06 Nov - Pengerusi KPPM Putrajaya, Sdr. Fairul bin Md Yusof, bersama beberapa orang AJK dan ahli KPPM Putrajaya telah melawat Sdr. Mohd Noor Ajam bin Mat Rashid di rumahnya setelah mendapat berita bahawa kereta beliau telah dilontar dengan molotov cocktail pada awal pagi tadi.


.

Kereta PmP Ajam (HQ) dilontar molotov cocktail


KAJANG, 06 Nov - Kereta kepunyaan Sdr. Mohd Noor Ajam bin Mat Rashid, PmP N17 (ahli KPPM no.833) dari Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya telah dilontar dengan molotov cocktail di rumahnya lebih kurang jam 1.15 pagi tadi.


  Akibat kejadian tersebut, bahagian hadapan keretanya telah terbakar dan mengalami kerosakan pada bonet hadapan dan sebahagian enjin keretanya.
  Semasa kejadian Sdr.Mohd Noor Ajam dan keluarga sedang tidur. Kesemuanya dalam keadaan selamat.


  Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Kajang dan pasukan Forensik PDRM telah ke tempat kejadian. Kes masih disiasat.
.

05 December 2012

Hari Keluarga KPDNKK Putrajaya


SERDANG, 02 Nov - Satu program Hari Keluarga KPDNKK Putrajaya telah diadakan di Mines Wellness Hotel anjuran Badan Kebajikan dan Sukan KPDNKK (BKSK) Putrajaya.


Pelbagai acara telah diatur dengan dhadiri oleh pegawai dan kakitangan KPDNKK Putrajaya bersama-sama keluarga masing-masing.


Ahli KPPM Putrajaya juga turut sama membantu bagi memeriahkan program.

FOTO  [ Album 1 ]  [ Album 2 ]
.