28 September 2012

Majlis Jamuan Aidilfitri CUEPACS

Sumber : KPPM WPKL


.

PmP Marhan (Selangor) Kemalangan Jalan Raya


  PmP Marhan bin Arapiah (no ahli KPPM: 973) ditimpa kemalangan jalan raya pada 28 Ogos 2012 berhampiran Templer Park semasa hendak ke tempat kerja.


  Tuan Presiden KPPM bersama Tuan Pengarah PPDNKK Selangor dan lain-lain pegawai telah melawat beliau di Hospital Selayang pada 29 Ogos.


Presiden KPPM anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

Sumber : Tuan Presiden KPPM

 
 

.

Program Ziarah KPPM Selangor

Sumber : KPPM Selangor

 
  Lawatan dan penyerahan sumbangan oleh warga KPDNKK dan KPPM Selangor kepada anak-anak arwah Pn. Rosmawati pada 15 Ogos 2012.
 



  AJK KPPM Selangor melawat dan menyampaikan sumbangan daripada warga KPDNKK Selangor kepada PmP Isa Ahmad pada 16 Ogos 2012.
.

27 September 2012

BOWLING KPPM KELANTAN


 








KOTA BHARU - Buat pertama kalinya KPPM Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Bowling KPPM Kelantan 2012 yang diadakan pada 21 September 2012 bertempat di Kota Sri Mutiara Kota Bharu. Acara ini disertai oleh ahli KPPM dan kakitangan PPDNKK Seluruh Kelantan. Acara ini adalah satu program bagi mengeratkan lagu hubungan silaturrahim serta sebagai satu kempen bagi mengamalkan cara hidup sihat dikalangan ahli. Turut serta dalam acara ini ialah Timbalan Pengarah serta ketua-ketua seksyen PPDNKK Kelantan


 










Pada kejohanan kali ini telah gelaran juara telah diungguli oleh Che Izwan baghi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita diungguli oleh bendahari cawangan sendiri iaitu Zalina Arma.




.

Semoga dengan penganjuran aktiviti ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan ahli KPPM Kelantan khasnya dan kakitangan PPDNKK Kelantan amnya.

MYY

26 September 2012

Program Ziarah Waris KPPM Perak

Sumber : Abdul Rahim bin Nasri
                Mantan Pengerusi KPPM Perak.


  Satu majlis penyerahan sumbangan kepada balu Allahyarham A.Razak bin Shaari, mantan Ketua Cawangan PPDNKK Kuala Kangsar telah dapat disempurnakan pada hari Isnin, 6 Ogos 2012 jam 11.30 pagi di rumahnya di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, Perak.


  Bersempena dengan ulangtahun Bahagian Penguatkuasa KPDNKK yang ke-40, majlis ini diadakan sebagai mengenang jasa-jasa Allahyarham dan keperihatinan warga KPDNKK kepada waris bekas warga KPDNKK yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.


  Penyerahan sumbangan berupa barang-barang keperluan telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Khalis bin Kasim yang mewakili Tuan Pengarah Penguatkuasa.


  Sumbangan-sumbangan adalah dari Bahagian Penguatkuasa, PPDNKK Perak, PPDNKK Kuala Kangsar dan KPPM Perak.


  Sumbangan duit raya untuk anak Allahyarham turut diberikan oleh Tuan Presiden KPPM.


  Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Azizah binti Yan yang mewakili Tuan Timbalan Pengarah PPDNKK Perak, Ketua Cawangan PPDNKK Kuala Kangsar, Ketua Cawangan PPDNKK Parit Buntar dan pegawai-pegawai lain daripada cawangan-cawangan sekitar Perak, serta wakil KPPM Perak.
.

11 September 2012

ZIARAH KEBAJIKAN KPPM KELANTAN

Bertanya khabar

Pada tanggal 10 Julai 2012 KPPM Kelantan dikejutkan dengan pemergian anak tunggal PmP Sufian dan PmP Maizatul ke Rahmatullah. KPPM Kelantan diketuai oleh Pengerusi cawangan bersama pegawai kanan PPDNKK Kelantan telah menziarahi keluarga untuk memberi sokongan moral atas pemergian arwah. 

Sumbangan tabung kebajikan KPPM turut diserahkan kepada ahli sebagai sokongan pihak KPPM dalam membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah. 

AJK KPPM yang hadir bersama

Penyerahan sumbangan tabung kebajikan KPPM

Semoga keluarga PmP Sufian dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah

MYY