26 July 2012

Kereta PmP Sukhaimi (Pontian) disimbah petrol

Sumber : KPPM Johor


PONTIAN, 23 Julai - Kereta dan motosikal milik PmP Sukhaimi bin Hj Sanusi (ahli KPPM no 733) dari PPDNKK cawangan Pontian, Johor telah disimbah dengan minyak petrol (molotov koktil) oleh mereka yang tidak dikenali di rumah beliau pada hari Isnin 23 Julai jam 3.30 pagi.
   Satu laporan Polis telah dibuat dan pihak polis menjustifikasi kes sebagai sabotaj/khianat.


   Sehubungan dengan itu pihak PPDNKK Pontian dan KPPM Negeri Johor telah melancarkan tabung kebajikan bagi meringankan beban beliau.
   Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB no 01050006026203, atas nama Saharudin bin Sanusi.
.

24 July 2012

Usul kenaikan yuran ditolak


KAKI BUKIT, 18 Julai - Usul bagi menaikan yuran bulanan daripada RM5.00 sebulan kepada RM10.00 sebulan telah ditolak oleh ahli-ahli KPPM melalui undi sulit. Hanya 18.81 peratus (250 ahli) menyokong.
   Usul ini telah dibangkitkan pada Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan KPPM kali ke-7, September 2010 lalu.

Perwakilan membahaskan usul.

   Begitu juga dengan usul tuntutan tabung faedah perpindahan telah ditolak oleh ahli melalui undi sulit, dimana ahli yang diarahkan berpindah dan layak membuat tuntutan rasmi perpindahan jabatan dicadangkan adalah tidak layak menuntut faedah perpindahan tabung kebajikan KPPM. Hanya 19.33 peratus (257 ahli) menyokong.
   Dengan penolakan ini maka ahli masih boleh menuntut faedah perpindahan daripada tabung kebajikan KPPM jika ia memenuhi syarat.  
Perbahasan usul daripada perwakilan Putrajaya.


Pazidah menang pertandingan tiga penjuru

Sdri Pazidah Hamzah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung.
Pembuangan kertas undi.
Jemaah pemeriksa kertas undi.

Video : Pengumuman keputusan pemilihan.




Presiden CUEPACS rasmi persidangan


KAKI BUKIT, 18 Julai - Presiden CUEPACS, YBhg Dato' Hj Omar bin Osman telah merasmikan Persidangan Perwakilan TriTahunan, Kesatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Malaysia (KPPM) kali ke-8 di Kem Bina Negara (BTN) Kaki Bukit, Perlis.

Perwakilan dan pemerhati mendaftar kehadiran ke persidangan.

Ketibaan YBhg Dato' Presiden CUEPACS disambut AMJKA KPPM.

Perwakilan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Suara Pekerja'.

Video : Lagu 'Suara Pekerja'

Bacaan doa.
Para perwakilan.

Ucapan alu-aluan oleh Sdr. Rus Bakarurraini bin Shahfei, Presiden KPPM KPDNKK.

Ucapan perasmian oleh YBhg Dato' Hj Omar bin Osman, Presiden CUEPACS.

Ucapan terima kasih kepada YBhg Dato' Presiden CUEPACS.

YBhg Dato' Presiden CUEPACS bergambar ramai dengan semua perwakilan dan pemerhati.

Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (AMJKA) KPPM KPDNKK bergambar kenangan bersama YBhg Dato' Presiden CUEPACS.

Sidang akhbar.
Utusan Malaysia 19/07/2012

.

21 July 2012

Program Transformasi Negara KPPM oleh BTN


KAKI BUKIT, 18 Julai - Perwakilan dan Pemerhati bagi Persidangan Tri-Tahunan KPPM kali ke-VIII telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri.


11 July 2012

AKTIVITI KPPM KELANTAN JUN 2012

Antara aktiviti menarik KPPM Kelantan sepanjang Jun 2012

Perlawanan Persahabatan KPPM Kelantan VS UPP Kelantan pada 20 Jun 2012
Pengerusi jd linesman jer tuu...
Belom ape2 lg dah injured!!


upp & kppm 



Team KPPM Kelantan + PPH Kelantan


Majlis Ramah Mesra KPPM Kelantan di Pantai Perkasa 29 Jun 2012

Majlis yang dianjurkan mendapat sambutan hangat ahli dimana hampir kesemua ahli hadir bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli.
Barisan AJK yang mendapat mandat bersama Timb. Presiden
Resepi Hj. Bukhori ternyata hebat,
 kalah masterchef...

Ayam dan kambing menjadi mangsa


antara ahli dan AJK 
Mantan pengerusi lepas gian!!

AJK yang sibuk membuat persiapan



Timb. Presiden dapat cabutan bertuah!!
Semoga KPPM Kelantan terus aktif dalam menerajui kesatuan!!
MYY

09 July 2012

KELAS BIMBINGAN KPSL N27 KPPM KELANTAN


KOTA BHARU, 8 Julai 2012 - Buat julung-julung kalinya KPPM Kelantan telah menganjurkan satu kelas bimbingan kepada ahli-ahli yang bakal menghadapi Peperiksaan KPSL yang akan berlangsung pada 10-11 Julai 2012 diseluruh negara. Inisiatif ini diambil bagi membantu para ahli bagi menghadapi peperiksaan tersebut.


Saudara Sulaiman sedang memberikan taklimat
Saudara Abdul Razak meluangkan masa walaupun dalam cuti menimang cahaya mata  

Antara tenaga pengajar yang turut mencurah ilmu adalah pengerusi KPPM Kelantan sendiri iaitu saudara Abdul Razak Yahaya dan Tim. Pengerusi Saudara Sulaiman Derahim. Objektif utama penganjuran kelas bimbingan ini adalah kerana untuk membantu calon menjawab menggunakan teknik yang betul dalam menjawab soalan selain terdapat banyak pindaan dalam akta-akta yang dikuatkuasakan sekarang ini. 


Antara peserta yang mengikuti kelas bimbingan

Semoga inisiatif KPPM Kelantan dalam menganjurkan kelas bimbingan ini memberi manfaat dalam membantu ahli menjawab soalan nanti. Semoga berjaya kepada semua. 
MYY

Banyak ilmu yang dicurahkan oleh Pengerusi

Sumbangan kepada waris Allahyarhamah PPP Rosmawati


SHAH ALAM, 05 Julai - KPPM Selangor telah mengunjungi waris Allahyarhamah PPP Rosmawati binti Zakaria di kediaman di Tmn Alam Megah, Shah Alam bagi menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan.


   Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor, En. Othman bin Nawang, bersama-sama Pengerusi KPPM Negeri Selangor, Sdr. Md Noor bin Md Rejab dan beberapa pegawai lain.
   Jumlah kutipan adalah sebanyak RM6,338.00 hasil sumbangan daripada kakitangan KPDNKK seluruh negara yang disalurkan melalui akaun bank KPPM Selangor.
.